Just click

Blog Ambo

01 May 2014

Top Android Aplikasi Yang Aku Gemari (Part 1)


Berikut aku senaraikan aplikasi android yang mesti ada dalam peranti aku. Tak perlulah ikut ranking sebab semuanya aku suka, hehehe:
(sila klik pada logo untuk ke )


1. Panduan Solat


Aplikasi ini sebagai panduan kepada warga muslim dalam menunaikan ibadat solat (sembahyang) menurut Islam. Sesuai untuk pembelajaran anak-anak dan dewasa berkenaan sembahyang.

Pengguna boleh mendapatkan segala panduan tentang sembahyang, bacaan dalam sembahyang (ada dimasukkan audio dan bacaan dalam rumi tetapi bukan semua ), panduan solat sunat, wirid dan zikir dalam solat, mengambil wuduk, doa-doa selepas solat dan banyak lagi.

Pengguna juga boleh mendapatkan panduan waktu sembahyang daripada e-Solat Jakim dan juga kompas arah kiblat yang sangat berguna bila kita bermusafir ( tetapi mesti ada internet ).

Aplikasi ini adalah percuma (ada iklan). Pengguna boleh membuang iklan dengan menderma kepada pembinanya di Facebook Asyatech-Solutions .




2. iQuran



Satu lagi software kegemaranku. Dengan iQuran, pengguna dapat membaca versi penuh al Quran berserta dengan terjemahan. Versi percuma hanya terjemahan bahasa inggeris sahaja dan audio bacaan oleh Sheikh Husary manakala versi pro terjemahan dalam bahasa:

* English & Transliteration
* German
* French
* Indonesian
* Urdu (requires OS 3.0+)
* Farsi (requires OS 3.0+)
* Melayu
* Spanish
* Turkish
* Russian
* Bosnian
* Dutch
* Italian
* Albanian
* Romanian
* Japanese

Dan bacaan oleh:

* Sheikh Husary
* Mishary Al-Afasy
* Saood & Shuraim
* Abu Bakr Ash-Shatree
* Abdul Basit
* Ghamdi
* Mahir Al-Muayqali

Pengguna juga boleh mendapatkan panduan hukum tajwid melalui iQuran tetapi sebaik-baiknya ialah dengan berguru dengan Tok-tok Guru.



3. Malaysia Prayer Time
Walaupun aku dah ada sofware Panduan Solat, tetapi satu kekurangannya ialah tiada widget  sudah ada widget untuk menunjukkan waktu solat. Satu lagi applikasi solat iaitu Malaysia Prayer Times (MPT).

Kelebihan MPT ialah selain daripada widget, ia juga ada disertakan arah kiblat dan mendownload wwaktu solat secara automatik setelah masuk bulan yang baru. Yang paling best ianya percuma dan tanpa iklan.

MPT juga menggunakan data yang diambil daripada e-Solat Jakim.


4. HomeWork

.
Sebagai guru aplikasi ini sangat berguna untuk meletakkan jadual waktu guru sebagai widget pada peranti android masing-masing.

Selain itu boleh juga dibuat jadual waktu untuk kelas serta merekod HomeWork yang diberi kepada pelajar.

Pada mulanya kekok juga untuk memasukkan data maklumlah banyak perlu dimasukkan berbanding hanya snap jadual waktu dan papar imej di skrin android. Tetapi yang ini lebih cantik dan menyenangkan apabila bertukar jadual maklumlah guru selalu bertukar dan jadual pun selalu bertukar.

Satu lagi kelebihan HomeWork ialah data jadual yang lama boleh dikekalkan sebagai rujukan di masa akan datang. Yang jadi guru tu tentu faham apa maksud aku kan.


 


5. Battery Doctor ( Battery Saver)




Sangat sesuai sebagai applikasi penjimat batteri kepada pengguna android bagi memanjangkan jangka hayat bateri anda.

Kelebihan Battery Doctor ( Battery Saver) ialah:

• Mengganggar dengan tepat jangkamasa bateri boleh digunakan.
•Mempunyai Task Killer yang menhentikan applikasi yang tidak digunakan yang menyebabkan cepat kehabisan bateri.
• 3 fasa charging yang meningkatkan jangka hayat bateri
• Ada Widgets
•Menambahkan kelajuan peranti anda
•Memberi maklumat tentang software dan hardware peranti android



......bersambung





No comments:

Post a Comment