Just click

Blog Ambo

26 April 2014

Pejabat Pos Cherang

Aku nak share satu lagi tempat yang susah payah aku mencarinya. Sebabnya aku dapat parcel dan diminta mengambilnya di Pejabat Pos Cherang. Aku pernah lalu kat Cherang tu memandangkan rumah mertua aku di Tanjung Chat jadi jalan tersebut memang laluan utama aku tapi aku tak pernah nampak signboard pejabat pos kat situ.
Google punya google dapatlah info dari blog ni  http://blog.earnic.com/lokasi-pejabat-pos-cherang-pejabat-pos-baru-di-kelantan/. Itupun masih sesat lagi nak jumpa lebih2 aku pergi tanya jaga kat Sekolah Kebangsaan Tapang diapun tak tau padahal dekat jer.
Ni info aku dapat dari blog earnic
"Memandangkan bisnes online di kalangan orang Kelantan makin maju, maka makin sibuklah Pejabat Pos di Kota Bharu, terutama sekali Pejabat Pos Besar di Jalan Sultan Mahmood tu. Kadang-kadang, tengok barisan untuk kaunter PosLaju sampai ke pintu masuk.
Sudahlah susah nak parking, dah tu kena beratur panjang pula.
Disebabkan itulah, Pejabat Pos menambah lagi satu pejabat pos baru di Cherang. Pengguna PosLaju bolehlah beralih ke Pejabat PosLaju di Cherang. Lokasinya bukan tepi jalan besar sebaliknya kena masuk lorong kampung sikit.
Jika anda dari Kota Bharu, sebaik selepas simpang empat Cherang (yang ada wau bulan besar) perhatikan sebelah kiri jalan. Ada satu gerai pisang goreng sebelum Sekolah Kebangsaan Tapang. Bersebelahan gerai pisang goreng ada satu lorong (dari jauh nampak ada bangunan berbumbung biru, lorong tu sebelum bangunan bumbung biru), anda masuk lorong tu. Pejabat PosLaju ada lebih kurang 500 meter dari simpang.
Pejabat Pos Cherang ditutup jam 7 malam. Buka jam 8.30 pagi.
Walaupun dinamakan Pusat PosLaju, tapi anda boleh juga pos parcel di sini. Cuma ia tak ada kaunter untuk bayaran lesen dan seumpamanya.
Paling aku suka, ruang parking yang luas dan selesa." Terima kasih.

No comments:

Post a Comment