Just click

Blog Ambo

27 April 2014

Restoran Nasi Ulam Cikgu



Bagi penduduk Kelantan, restoran Nasi Ulam Cikgu atau Nasi Ulam Kraftangan ini memang tidak asing lagi.

Ia sangat terkenal dengan masakan kampung asli Negeri Kelantan yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Cikgu Hamid.

Lokasinya sangat strategik iaitu berdekatan dengan pintu gerbang Kota Sultan Ismail Petra di dalam Kampung Kraftangan.

Harga pula memang tersangat berpatutan. Keunikan kedai ini ia mempunyai beraneka jenis ulam-ulaman. Sehingga kadang-kadang penulis juga tidak kenal nama dan tidak pernah makan sebelum ini.

Ikan keli goreng berempah yang disajikan besar, segar dan sangat sedap.

Antara menu popular adalah ikan keli, budu, masak gulai tempoyak ikan patin, pelbagai jenis ulam-ulaman dan banyak lagi masakan kampung.

Dikhabarkan budu yang digunakan di restoran ini sangat istimewa di mana ia dibuat sendiri menggunakan resipi turun temurun, dan semestinya rasa budu tersebut tidak terdapat dimana-mana kecuali di sini.

Jika anda datang dengan keluarga yang ramai, elok buat tempahan meja terlebih dahulu kerana boleh dikatakan tiap-tiap hari kecuali Jumaat pengunjung tersangat ramai terutamanya semasa waktu puncak jam 1 – 2 ptg.

Bayangkan semasa cuti sekolah, bukan sahaja pelancong, malah orang bekerja di sekitar KB pun sentiasa makan di sini. Jadi, bersedialah ‘berebut’ meja jika datang pada waktu sebegini. Kalau boleh, datang lebih awal iaitu jam 11 atau 12 tengahari.





Restoran ini boleh dikatakan ‘signature restoran’ di negeri Kelantan. Tidak lengkap jika anda tidak menjamu selera di restoran ini semasa berada di Kota Bharu.







SUMBER




Copy n Paste semoga bermanfaat dari

http://www.cutikelantan.com

TQ

No comments:

Post a Comment